Thursday, May 17, 2012

Tuesday, May 15, 2012

Hasil jahitan selain baju kurung kanak2

Pada masa lapang yang saya juga turut mengambil tempahan menjahit langsir, gaun kanak2, sarung bantal, alter baju, repair telekung dan potong kaki seluar..pendek kata macam2 lah..ikut customer request, selagi saya mampu untuk jahit saya akan terima. Setakat yang mudah2 boleh la saya jahitkan.

langsir untuk bilik sendiri

langsir untuk bilik sendiri

sarung 'nursing pillow'

gaun budak

gaun budak siap dgn underwear :-)

alter jubah-diceraikan satu persatu,kemudian jahit

alter jubah

Saiz baju kurung kanak-kanak

Umur Bahu Labuh Tangan Labuh Baju&Kain Pinggang
<=6bln 7" 8" 13" 15"
6-12bln 8" 9" 15" 15"
12-18bln 9" 10" 18" 16"
18-24bln 10" 11" 20" 17"
3thn 10" 12" 21" 18"
4thn 10.5" 13" 23" 19"
5thn 11" 14" 25" 20"
**saiz boleh adjust supaya ngam dgn badan kanak2,sila ukur dan beritahu saya,baju contoh juga boleh diberi.

Cara jahitan baju kurung kanak-kanak

Contoh baju

1)Leher-jahitan lipat biasa, tiada tulang belut/mata lalat,didalam menggunakan pengeras leher.
2)Bawah lengan,baju dan kain-jahitan mesin.
3)Butang biasa digunakan, jika anda ingin butang sendiri boleh pos kepada saya butang kesukaan anda.
4)Pinggang kain-getah keliling penuh.

Cara membuat tempahan dan bayaran

1. Saya hanya menerima tempahan untuk menjahit baju kurung biasa sahaja. Sila rujuk pada contoh baju untuk mengetahui ciri-ciri baju.

2. Sekiranya anda berminat, anda boleh menghantar ukuran badan kanak2 berkenaan atau pun boleh menggunakan saiz yang saya paparkan. Anda juga boleh menghantar baju contoh dengan menggunakan khidmat pos.
**kos pos adalah ditanggung oleh pihak anda

3. Bayaran hendaklah dibuat selepas saya memberi maklumbalas berkenaan tempahan. Saya akan maklumkan harga upah jahit dan kos pos. Urusan menjahit dan penghantaran akan dibuat selepas pembayaran dibuat


4. Saya akan cuba menyiapkan jahit baju dalam tempoh 1minggu-3minggu dari hari tempahan diterima. Bagaimanapun,sekiranya saya tidak sempat untuk menyiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, saya akan maklumkan pihak anda.

5. Lain-lain syarat yang tidak dinyatakan adalah berdasarkan budi bicara demi kebaikan kedua2 belah pihak, win-win situation, hehe :-)

6. Sila email kepada kurung4urlittleones@gmail.com jika ada sebarang kemusykilan.


BAYARAN:
Saya akan memaklumkan no. akaun saya (CIMB/Maybank) menerusi email, kemudian sila email detail bayaran kepada saya;

   1. Butiran bayaran
   2. Nama Penuh
   3. Alamat (untuk penghantaran)
   4. No. Telefon

Friday, May 11, 2012

Contoh baju kurung kanak-kanak

Assalamualaikum w.b.t

Contoh-contoh baju yang telah dijahit :
P/s : Terima kasih kepada semua yang telah dan akan memberi kepercayaan kepada saya menjahit baju kurung untuk si comel anda.