Tuesday, May 15, 2012

Cara membuat tempahan dan bayaran

1. Saya hanya menerima tempahan untuk menjahit baju kurung biasa sahaja. Sila rujuk pada contoh baju untuk mengetahui ciri-ciri baju.

2. Sekiranya anda berminat, anda boleh menghantar ukuran badan kanak2 berkenaan atau pun boleh menggunakan saiz yang saya paparkan. Anda juga boleh menghantar baju contoh dengan menggunakan khidmat pos.
**kos pos adalah ditanggung oleh pihak anda

3. Bayaran hendaklah dibuat selepas saya memberi maklumbalas berkenaan tempahan. Saya akan maklumkan harga upah jahit dan kos pos. Urusan menjahit dan penghantaran akan dibuat selepas pembayaran dibuat


4. Saya akan cuba menyiapkan jahit baju dalam tempoh 1minggu-3minggu dari hari tempahan diterima. Bagaimanapun,sekiranya saya tidak sempat untuk menyiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, saya akan maklumkan pihak anda.

5. Lain-lain syarat yang tidak dinyatakan adalah berdasarkan budi bicara demi kebaikan kedua2 belah pihak, win-win situation, hehe :-)

6. Sila email kepada kurung4urlittleones@gmail.com jika ada sebarang kemusykilan.


BAYARAN:
Saya akan memaklumkan no. akaun saya (CIMB/Maybank) menerusi email, kemudian sila email detail bayaran kepada saya;

   1. Butiran bayaran
   2. Nama Penuh
   3. Alamat (untuk penghantaran)
   4. No. Telefon

No comments:

Post a Comment